MCPF Cadang Tindakan Terhadap Ibu Bapa Biar Anak Berpeleseran

SEREMBAN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hari ini mencadangkan supaya Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan ke atas ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak mereka yang berusia bawah 18 tahun berpelesaran pada waktu malam tanpa sebab munasabah.

 

Naib Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md. Ali berkata, tindakan itu wajar dalam usaha mengelakkan insiden lapan remaja berbasikal maut dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru, Johor awal pagi semalam berulang.

 

“Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung pengabaian ke atas kanak-kanak perlu dikuatkuasakan ke atas ibu bapa yang membiarkan anak mereka keluar rumah selepas pukul 9 malam. Kanak-kanak di bawah akta ini adalah individu berusia bawah 18 tahun.

 

“Kemalangan maut membabitkan lapan remaja berbasikal di Johor Bahru semalam tidak akan berlaku sekiranya mereka dilarang keluar rumah pada pukul 3 pagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Meja Bulat Bandar Selamat anjuran MCPF di sini hari ini.

 

Persidangan itu dirasmikan Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.