Kedutaan Korea Utara Sunyi

KUALA LUMPUR  – Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.

 

Wartawan daripada pelbagai media tempatan dan luar negara termasuk Korea Selatan dan Jepun berada di kawasan kedutaan itu seawal pukul 9 pagi tadi untuk mendapatkan maklumat terkini.

 

Pihak media cuba mendapatkan maklum balas daripada pegawai di situ namun tiada maklum balas positif diberikan.

 
Kedutaan Korea Utara di Malaysia menjadi tumpuan berikutan kematian Kim Jong-nam iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

 

 

Dilaporkan sebelum ini, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

 

 

Beliau dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari lalu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Putrajaya.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.