Enam Remaja Stabil, Dua Masih Di ICU

JOHOR BAHRU – Lapan remaja yang cedera dan kritikal susulan nahas kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi semalam, masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga kini kesemua mangsa terbabit masih dalam rawatan pihak hospital.

 
“Dua masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU)… tiada perubahan.

 

 

“Enam lagi sedang menunggu untuk membuat pembedahan. Namun semua enam remaja ini dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

 

Kesemua lapan mangsa yang cedera dan kritikal itu dikenali sebagai Muhamad Farhan Che Mat, 16, Mohammad Arasshat Abdullah, 14, Abdul Samad Abdul Kadir, 16, Muhammad Arif Salman, 15, Muhammad Zulfadli Yusri, 19, Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17, Muhammad Nazri Mahmudi, 13, dan Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16.

 

Terdahulu, Sinar Harian semalam melaporkan lapan remaja maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini,

 

Dalam kejadian kira-kira 3.00 pagi itu turut menyebabkan dua lagi remaja kritikal dan enam mengalami kecederaan.

 

Kesemua lapan jenazah kemudiannya dituntut oleh waris masing masing, di mana jenazah terakhir telah dituntut sekitar jam 3.50 petang.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.