Anak Kim Jong Nam Tolak Tawaran Belajar Di Oxford Kerana Bimbang Dibunuh

Anak lelaki Kim Jong Nam, iaitu Kim Han Sol dilaporkan telah menolak tawaran belajar di Universiti Oxford susulan kebimbangan dia menjadi sasaran pembunuh.

 

Mail Online dalam laporannya menyatakan, Han Sol juga bimbang terhadap skuad pembunuh bapa saudaranya yang juga pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

 

Han Sol dijadualkan berpindah ke United Kindom (UK) selepas menerima tawaran belajar di Oxford, bermula September ini. Teman wanitanya, Sonia, juga merupakan penuntut di situ.

 

Namun selepas mendapat amaran daripada pihak berkuasa China bahawa pemimpin Korea Utara itu merancang untuk membunuh dia dan bapanya bagi menghapuskan keturunan keluarga itu, tawaran tersebut ditolak.

 

Han Sol, sebelum ini menuntut dalam bidang politik di Paris selama tiga tahun dan dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi pemimpin Korea Utara sekiranya rejim yang ada sekarang runtuh.

 

Semalam gambar Han Sol bersama dengan ibunya, Ri Hye Kyong serta adiknya, Sol Hui, 18, telah dirakamkan di sebuah resort perjudian di Macau.

 

Mereka dilaporkan telah mendapat perlindungan tambahan daripada agen keselamatan China sejak berbulan-bulan lalu.

 

Sementara penduduk di apartment di mana keluarga tersebut menetap memberitahu, polis telah meronda di kawasan berkenaan sejak tiga bulan lalu iaitu sebelum pembunuhan Jong Nam.

 

Han Sol dan bapanya juga telah dinasihatkan supaya tidak keluar dari Macau serta China.

 

Dalam pada itu, sumber Beijing memberitahu bahawa Korea Utara bergantung sepenuhnya kepada bantuan China justeru Kim Jong Un tidak akan berani membunuh anak saudaranya itu di kawasan milik China.

 

“Di Britain, Han Sol berdepan dengan risiko besar. Kami tidak pasti sama ada dia menolak tawaran universiti itu disebabkan amaran tetapi keputusan berkenaan mungkin menyelamatkannya buat masa ini,” kata sumber itu.

 

Jong-nam meninggal dunia selepas diracun oleh dua pembunuh wanita ketika mendiang menunggu penerbangan di KLIA2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.