75 Pengunjung Makam Sufi Maut

ISLAMABAD – Beberapa pemimpin politik dan tentera berikrar melakukan apa sahaja bagi menghapuskan kumpulan pelampau selepas lebih 75 orang terbunuh di sebuah makam sufi di sini kelmarin.

 

Siri serangan bunuh diri dengan menggunakan bahan letupan yang diubah suai itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Taliban dan pemberontak Daesh.

 

Dilaporkan dalam kejadian di makam ahli sufi, Lal Shahbaz Qalandar malam kelmarin itu, seorang anggota kumpulan Daesh bertindak meletupkan diri ketika tempat berkenaan yang ketika itu penuh sesak dengan orang ramai.

 

“Angka kematian meningkat kepada 75 orang semalam,” kata seorang doktor di sebuah hospital tempatan di Sehwan Sharif, selatan wilayah Sindh, Moin Ahmed.

 

Hampir 50 daripada 250 orang pula dilaporkan cedera dalam serangan tersebut, dan sebilangan mangsa berada dalam keadaan kritikal dengan jumlah kematian dijangka meningkat.

 

Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengutuk serangan pembunuhan secara beramai-ramai itu yang disifatkan sebagai serangan progresif dan inklusif.

 

Sementara itu, Ketua Tentera Pakistan, Qamar Bajwa berjanji untuk meningkatkan serangan secara berterusan terhadap mi­litan Taliban.

 

Beliau berikrar akan me­nuntut bela di atas setiap titisan darah mangsa serangan ber­kenaan.

 

Dalam perkembangan terkini, sekurang-kurangnya 37 pengganas terbunuh dan tujuh anggota keselamatan cedera dalam lapan serangan berasingan semalam.

 

Jurucakap separa tentera, pasukan Rangers berkata, konvoi melibatkan 25 anggota itu melakukan serangan di kawasan Kathora di selatan bandar pelabuhan Karachi. – Agensi/Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.