Video: Saya Pernah Pegang 4 Ribu Ekor Jin Islam – Zamihan

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkata dirinya pernah menangkap hampir 4 ribu ekor jin ketika diminta untuk membantu mangsa yang dirasuk oleh makhluk halus itu.

 

Zamihan ketika menyampaikan kuliah agama baru-baru ini berkata, beliau turut berkesempatan untuk berdialog dengan jin-jin tersebut ketika melakukan upacara memulihkan mereka.

 

“Saya pernah pegang beberapa ekor jin (lebih kurang) 4 ribu jin saya pernah pegang bukanlah saya berniat nak angkuh pula… (kemudian) saya bertanya (pada jin tersebut) siapa tuan kamu? (Jin tersebut menjawab) aku tidak mempunyai tuan.

 

“Habis kamu mari sini buat apa? Jalan-jalan (jawab jin itu lagi). Mana boleh jalan-jalan, saya pegang lagi (jin tersebut) sambil baca-baca… barulah dia (jin tersebut) bercerita nama Tan Sri itu (nama) Tan Sri ini… huyooo Tan Sri pun main (mengunakan khidmat jin) juga ” katanya melalui sebuah rakaman klip video berdurasi 1:04 saat yang dikirimkan oleh pembaca SuaraTV.

 

 

Berdasarkan rakaman tersebut, Zamihan turut mendakwa terdapat orang-orang kenamaan di negara ini yang mengunakan khidmat jin untuk mendapatkan ilmu penunduk.

 

“Jangan main, (sebab mereka) mahu pegang ilmu sihir atau ilmu penunduk dengan memakai jin, khadam dan jin Islam.

 

“Saya pernah tanya mereka (jin tersebut) kamu jin apa Islam, kafir atau kristian?.. Aku jin Islam (jawab jin), Islam apa kalau ganggu orang dalam bulan puasa? Kurang ajar kau jin.

 

“Malah ada sesetengah jin yang saya tanya, kamu kenal aku siapa? Aku tahu mu, mu ni ustaz Zamihan, aku takut.. takut.. takut, aku tak nak, tak nak.. aku nak keluar.. pembohong (sebab) bila kita suruh keluar dia tak nak keluar pula,” ujarnya lagi.

 

Zamihan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaitkan Jihad Salafi dengan militan Negara Islam.

 

Bagi mengelak berlakunya perbalahan sesama umat Islam di negara ini Zamihan telah dicabar untuk berdebat dalam satu wacana tertutup anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Atas nasihat pelbagai pihak, debat itu kemudianya dibatalkan manakala Zamihan ditukarkan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.