Video: Kerana Curang, Parang Pemotong Daging Melekat Dikepala

Beijing – Seorang suami menerima nasib malang apabila ditetak oleh isterinya di kepala dengan menggunakan parang pemotong daging.

 

Wanita itu bertindak demikian selepas mengetahui suaminya mempunyai perempuan simpanan menyebabkan dia menjadi berang.

 

Dalam satu rakaman video di sebuah hospital yang menjadi viral, parang yang digunakan oleh wanita itu masih dilihat melekat di kepala suaminya.

 

 

Visual itu telah dimuat naik ke laman LiveLeak di mana mangsa ketika itu mahu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.

 

Lelaki itu yang berada dalam keadaan sedar dilihat menjawab pertanyaan jururawat.

 

Bagaimanapun, tidak diketahui nama mangsa dan isterinya mahupun lokasi daerah insiden itu berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.