Turki Tuntut 28 Nyawa Serangan Letupan

ANKARA – TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar untuk membalas dendam terhadap mereka bertanggungjawab dalam serangan letupan maut yang meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa.

 

Beliau berkata,pihaknya akan meneruskan perjuangan memburu dalang bertanggungjawab setiap hari.

 

“Kami juga tidak akan menjauhkan diri daripada menggunakan hak untuk mempertahankan diri ketika berada dalam bahaya,” katanya.

 

Dalam serangan kelmarin, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 61 yang lain cedera selepas sebuah kereta dipenuhi bahan letupan yang menyasarkan tentera kerajaan meletup di tengah ibu negara Ankara.

 

Menurut Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus, bom kereta meletup sekitar jam 4.31 petang (waktu tempatan) apabila sebuah konvoi bas tentera membawa puluhan anggota keselamatan berhenti di lampu isyarat.

 

“Serangan ini jelas menyasarkan pasukan keselamatan negara dan ia telah dilakukan dengan cara yang keji, hina dan berbahaya,” katanya lapor Agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.