Tun Mahathir Akui Proton Bermasalah

Kuala Lumpur – Penasihat Permodalan Automotif Nasional (Proton) Tun Dr Mahahtir Mohamad mengakui syarikatnya kini berdepan detik sukar ekoran pelbagai masalah dihadapi termasuk beberapa model kenderaan keluarannya.

 

“Kami mengakui Proton kini bermasalah. Saya tidak mahu memberi banyak alasan, tetapi ada beberapa sebab mengapa presetasi Proton tidak memberangsangkan,” katanya dalam temubual laman automotif tempatan.

 

Jelasnya, Proton kini masih mewarisi imej negatif dari pengguna-pengguna lepas yang tidak berpuas hati dengan komponen kenderaan tersebut.

 

“Masalah terutama kepada model Preve dilancarkan terlalu awal tanpa pemeriksaan yang betul,” ujarnya.

 

Kenyataan Mahathir ini selari dengan dakwaan Pembekal Alat Ganti Proton Peringkat 1 dan 2, Ariff Abd Md, dalam surat terbukanya kepada penasihat syarikat tersebut.

 

Kata Ariff, sejak Mahathir mengambil alih pentadbiran Proton, prestasi syarikat tersebut semakin merudum selain tergesa-gesa mengeluarkan model baru mengakibatkan kumpulan penyelidikan dan pembangunan Proton bekerja dalam keadaan kelam-kabut.

 

Terbaru, Proton memanggil semula hampir 95,000 kenderaan model Exora, Preva dan Suprima yang menggunakan enjin CFE untuk menukar hos penyejuk minyak bagi mengelakkan ianya rosak setelah perbatuan melebihi 40,000 km.

 

“Kita (Proton) kini memperbaiki kelemahan yang kita lakukan. Tahun ini kita akan melancarkan tiga kereta sekurang-kurangnya iaitu Perdana, Persona dan Saga. Kita tidak akan menukar nama. Kita hanya memperkenalkan model terbaru.

 

“Seperti syarikat lain, Proton memperkenalkan model terbaru tetapi mengekalkan nama sama,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.