Tong Koi Mahu Jual Malaysian Insider Untuk Bodohkan UMNO – Raja Petra

Kuala Lumpur – Pemilik media The Edge Datuk Tong Kooi Ong bertindak bijak sekiranya beliau berjaya meyakini UMNO untuk membeli portal pro-pembangkang miliknya, The Malaysian Insider, dengan harga RM20 juta.

 

Raja Petra Kamaruddin berkata, UMNO akan rugi besar sekiranya parti tersebut bersetuju membeli portal tersebut.

 

“Ada udang disebalik batu. Selepas mengambil alih The Malaysian Insider, UMNO perlu mengeluarkan dana RM6-7 juta setahun untuk mengendalikannya dan selepas 10 tahun (jika The Malaysian Insider bertahan selama itu) dengan peningkatan gaji, bonus dan lain-lain, UMNO perlu melabur sekitar RM70-80 juta.

 

“Sekurang-kurangnya itu yang Tong beritahu ‘Ketua Maklumat’ Tun Mahathir, (Datuk) A Kadir Jasin, dengan gelak tawa mereka memperbodohkan UMNO menerima gajah putih yang tidak membawa kebaikan dan hanya makan dan tidur sepanjang hari,” katanya sinis di laman Malaysia Today.

 

Kata Raja Petra, Tong berjaya meyakinkan UMNO untuk mengambil alih The Malaysian Insider bagi menambat semula pengundi Pakatan Harapan terutama dari DAP yang tidak suka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

 

“Tong walabagaimanapun mengakui dalam perbualannya bersama Kadir bahawa ianya hanyalah angan-angan kerana sekiranya berita The Malaysian Insider dimiliki UMNO, pembaca tradisional The Malaysian Insider akan hilang sekelip mata,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.