Selepas Nasi Lemak Spiderman, Minuman Spider Kafe Diperkenal

Selepas berjaya ‘mencetuskan’ fenomena baharu dalam pasaran nasi lemak di negeri ini, peniaga Nasi Lemak Spiderman, Zawawi Ghazali kini dalam proses memperkenalkan minuman seisi keluarga, Spider Cafe sebagai pelengkap kepada hidangan sarapan yang dijual.

 

Menurutnya, air tersebut akan berada di pasaran tidak lama lagi dan selepas ini, pelanggan akan mempunyai pakej lengkap bersama air ketika mendapatkan Nasi Lemak Spiderman di gerainya,

 

“Itu perancangan yang kini dalam proses penghasilan, kita jangka Spider Café akan berada di pasaran dalam masa terdekat jika segala proses berkaitan selesai,” katanya memetik laporan Sinar.

 

Mengulas perniagaan Nasi Lemak Spiderman RM2 yang dimulakan sejak dua minggu lalu, Zawawi berkata, sambutan diterima begitu menggalakkan apabila 367 bungkus nasi lemak jualannya habis dalam masa 30 minit hingga satu jam setengah, setiap pagi.

 

“Walaupun permintaan begitu menggalakkan, namun saya tidak mahu terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan aspek keaslian rasa nasi lemak itu sendiri.

 

“Setakat ini saya sudah menjelajah beberapa lokasi termasuk KTC, Stadium Sultan Muhammad IV, Tanah Merah, Pasir Tumbuh dan hari ini (semalam) di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, manakala lokasi seterusnya akan ditentukan selepas mengenal pasti tempat-tempat tumpuan ramai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.