Subang Kalimah Allah

KUALA LUMPUR – Sekali lagi, perbuatan menghina kalimah Allah dikongsi dan menjadi viral di media sosial.

 

Kali ini, menerusi penjualan barangan perhiasan wanita, iaitu subang yang tertera kalimah Allah mula dijual di bandar Perak.

 

Pemilik akaun Boodak Sri Kinta yang membuat perkongsian gambar itu, turut memuat naik status kompleks yang menjual barangan tersebut.

 

“Hina Kalimah ALLAH…Kompleks Yik Fong Ipoh, Perak menjual subang tertera kalimah ALLAH…,”tulisnya.

 

Menerusi statusnya juga, dia turut menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera ke atas kedai yang menjual barangan tersebut.-SuaraTV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.