Permohonan Pengerusi Bersih Ditolak

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi sebentar tadi, tolak permohonan semakan kehakiman Pengerusi BERSIH 4.0, Maria Chin Abdullah serta dua aktivis berhubung larangan pemakaian baju kuning Bersih 4.0 serta penyebaran risalah mengenai perhimpunan Bersih 4.0.

 

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam keputusannya, berkata Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk mengeluarkan arahan mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak diingini) 2015.

 

“Larangan yang dikeluarkan Menteri juga tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan, ” katanya. Maria dan aktivis BERSIH, Masjaliza Hamzah serta Fadiah Nadwa Fikri yang diwakili Peguam Edmund Bon dan New Sin Yew hadir ke mahkamah pada prosiding berkenaan.

 

Pada 18 September tahun lalu, Maria dan dua aktivis itu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan baju kuning Bersih 4.0 serta risalah mengenai perhimpunan bertarikh 27 Ogos itu.

 

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan terhadap Menteri Dalam Negeri serta KDN.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.