Pelajar Perempuan Angkat Jari Tengah Jadi Viral

KUALA LUMPUR – Viral di media sosial apabila sebilangan pelajar perempuan bertudung mengangkat jari tengah ketika bergambar.

 

Gambar yang dimuat naik pemilik akaun Facebook My Malaysia dengan status ‘memalukan’ itu dipenuhi komen pelayar yang menasihati admin supaya, membuang posting tersebut.

 

Segelintir pelayar menyifatkan admin sebagai rasis kerana bertindak membesarkan isu tersebut.

 

Subathira Raju menulis, “Mereka masih belajar, boleh berubah sikap mereka, jadi tolong padamkan gambar ini, walaupun bangsa lain tolong beri hormat. Jng hancurkan masa depan budak-budak ini.

 

Peter Johnson turut meninggalkan komen “Admin jangan jadi rasis. Posting haruslah lebih bermanfaat  untuk komuniti.

 

Benny Krish pula menulis, “Masalah kelakuan ni desebabkan individu dan bukan agama. Kalau boleh janganla kita mengutuk atau merendahkan agama orang lain. #1MALAYSIA,”tulisnya.

 

Venga Vemaldas pula berkata, “Jangan post dan malukan semua rakyat walaupun berlainan bangsa dan agama. Nanti ada yang lain bagi post lebih teruk lagi,”tulisnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.