Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Turki

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta di Ankara, Turki, semalam.

 

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turki, terutama kepada keluarga dan mangsa serangan kejam itu.

 

Katanya, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam insiden berkenaan dan Kementerian Luar akan terus memantau keadaan dengan teliti.

 

Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Ankara menerusi talian +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548.

 

Terdahulu, Wisma Putra menyatakan Kedutaan Malaysia di Ankara berhubung rapat dengan rakyat Malaysia khususnya pelajar yang berada di negara berkenaan. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.