Lepas Hisap Ganja Penagih Akan Beralih Pada Morfin Kata Bekas IGP

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata cadangan untuk meminta kerajaan mengkaji semula kesalahan penggunaan marijuana atau ganja di kalangan masyarakat di negara ini bakal mengundang masalah yang lebih besar.

 

Tun Hanif ketika dihubungi SuaraTV berkata majoriti penagih di negara ini mula berjinak-jinak dengan dadah setelah ganja yang diambil tidak lagi mampu memberikan tahap kepuasan seperti yang diharapkan.

 

“Masalah sebenarnya ialah majoriti penghisap ganja tidak akan dapat kekal dengan pengunaan ganja semata-mata, sebaliknya mereka akan mula mencari yang lebih untuk memuaskan masalah ketagihan seperti morphine, amphetatamine, LSD dan sebagainya.

 

“Lama-kelaman ketagihan mereka akan menjadi lebih berat, sebagai contoh penagih dadah jenis morfin pada peringkat permulaan hanya memerlukan 1 dos tapi lama kelamaan mereka akan mula mengabil dos yang lebih tinggi,” katanya kepada SuaraTV sebentar lagi.

 

Menurut Tun Hanif satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan kesannya kepada negara sebelum sebarang keputusan diambil.

 

“Sebelum ini saya pernah meminta agar Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) melakukan satu kajian menyeluruh bagi meneliti kesannya kepada negara kerana MCPF dan Pemadam perlu mengaji dan melihat kesan di negara luar seperti Switzerland dan Holland yang pernah menghalalkan pengunaan ganja di negara mereka.

 

“Malah kalau tak silap saya pada bulan Disember tahun lalu ada seorang ketua polis di England yang meminta agar pihak kerajaan di negara tersebut untuk menghalalkan pengunaan ganja malah beliau turut mengeluarkan arahan kepada pegawai dan anggotanya untuk tidak menahan mana-mana individu yang di dapati melakukan kesalahan tersebut namun cadangan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat disana, tapi saya tidak pasti sama ada cadangan tersebut diteruskan atau sebaliknya.

 

“Ini kerana kebanyakan negara luar masih lagi membahaskan mengenai perkara ini jadi kita perlu mengambil tahu mengenai kajian yang dilakukan itu.,” ujarnya lagi.

 

Tun Hanif turut menasihati mereka yang memberikan pendapat dalam isu ini agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan bagi mengelakkan masyarakat terkeliru.

 

“Pada saya kita jangan melenting terhadap pihak yang memberikan cadangan tersebut manakala mereka yang memberikan pendapat jangan jadi macam orang bodoh.

 

“Persoalannya benarkah pengunaan ganja ini tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat? Seandainya kuantiti ganja yang diambil itu sedikit mungkin tidak memberikan kesan tapi bagaimana pula sekiranya ia diambil dengan jumlah yang banyak?” soalnya pula.

2 thoughts on “Lepas Hisap Ganja Penagih Akan Beralih Pada Morfin Kata Bekas IGP

  • February 19, 2016 at 6:03 am
    Permalink

    Minta satu bukti tentang kes jenayah dan kematian yg melibatkan ganja

    Reply
  • February 19, 2016 at 4:26 pm
    Permalink

    jadi halus… takut nak buat jahat.. lepak umah lagi best.. main game.. atau jamming 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.