Khalid Ibrahim Lebih Baik Dari Azmin Ali – Murali Subramaniam

PETALING JAYA: Setiausaha Cabang PKR cawangan Kelana Jaya, Murali Subramaniam mendakwa Pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah lebih baik berbanding Datuk Seri Azmin ali.

 

“Tan Sri Khalid adalah lebih baik menjadi Menteri Besar Selangor Berbanding Azmin ali” katanya.

 

Dakwa beliau, tugas PKR untuk mengekalkan kuasa pemerintahan di Selangor adalah lebih sukar sekiranya Azmin Ali masih menjadi MB Selangor.

 

“Sekiranya Azmin ali masih pegang jawatan MB, mungkin kita akan hilang Selangor.” katanya ketika sidang media disini tadi.

 

Tambahannya lagi, Azmin Ali hanya mementingkan kumpulan ‘Kartelnya’ sahaja.

 

“Azmin tidak mampu menjadi pemimpin kepada kepada semua kelompok dalam parti, dia hanya menumpukan kumpulan ‘kartelnya’ semata-mata dan ini sangat tidak baik untuk parti.”

 

Kritikan yang dilemparkan kepada Azmin Ali ini berikutan kes Pemilihan Ahli Majlis dalam Selangor yang dilihat tidak mengambil kira pandangan Ahli Cabang.

 

“kami telah hantar tiga surat kepada MB tapi tidak dapat sebarang maklum balas dan kami juga turut menghantar surat bantahan terhadap YB zuraidah yang membuat keputusan sendiri dalam isu perlantikan Ahli Majlis namun tidak mendapat maklum balas.”

 

Tambah beliau lagi, tindakan Azmin dan Zuraidah serta kumpulannya akan memecah belahkan parti dan melemahkan struktur pentadbiran.

 

“Perangai Azmin, Zuraidah dan kumpulannya melantik Ahli Majlis Luar dari keputusan cabang ialah tindakan memecah belahkan parti dan melemahkan struktur parti.”ujarnya.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.