Jangan Hina Budaya Kami Kata Pelajar Kazakhstan Pada TunM

Kuala Lumpur – Tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan hantaran yang diberikan kepada anak Datuk Seri Najib ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang warga Kazakhstan.

 

Menurut wakil Persatuan pelajar Kazakhstan di Malaysia tindakan itu disifatkan sebagai menghina adat dan budaya yang diamalkan di negara mereka.

“Perkahwinan antara Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa telah berjaya mewujudkan satu ikatan budaya yang kuat antara dua negara. Disebabkan itu kami tidak dapat menerima komentar yang biadap dan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh Tun Mahathir.

 

“Malah kenyataan yang berbaur penghinaan seperti ini telah kerap dilemparkan oleh pemimpin politik di Malaysia sehingga boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Kazakhstan. Paling mengecewakan apabila mereka cuba menjadikan perkahwinan tersebut sebagai isu politik” katanya melalui satu kenyataan yang dihartar kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut wakil persatuan tersebut, pemberian hadiah kepada isteri dalam merupakan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Kazakhstan ketika majlis perkahwinan.

 

“Dalam adat kami, suami mesti meraikan pihak isteri dan untuk melakukan demikian mereka akan memberikan hadiah yang banyak kepada pengantin perempuan.

 

“Tradisi ini telah bermula sejak zaman nenek moyang mereka lagi apabila pihak lelaki akan berebut wanita untuk dijadikan isteri yang mana menjadi petunjuk bahawa suami mampu menanggung isteri dan sanggup untuk melakukannya.” katanya lagi.

 

Malah tegasnya, Nooryana dan suaminya seringkali membantu mereka menguruskan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kebajikan yang dianjurkan oleh pihak persatuan.

 

Mereka turut mengesa Tun Mahathir agar menghentikan permainan politik tersebut khususnya yang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.

 

“Kami menghormati Dr. Mahathir namun kami mengharapkan ini adalah kali terakhir, apabila ahli politik yang mementingkan kepentingan politik mereka yang mana akan menggugat perhubungan antara negara dan berharap agar menghentikan permainan politik yang tidak kena tempat,” ujarnya pula. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.