IS Lancar Serangan Kimia?

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT – Kumpulan militan IS telah melancarkan serangan kimia di Syria dan Iraq.

 

Pengumuman itu dibuat jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Mark Toner, selepas Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengesahkan bahawa rakyat Syria di bahagian utara Aleppo terdedah kepada sulfur mustard pada Ogos lalu.

 

“Kami percaya IS bertanggungjawab untuk serangan sulfur mustard di Marea pada 21 Ogos tahun lalu, di mana sebahagian besarnya adalah berdasarkan bukti bergambar dan keterangan pembangkang.

 

“Berdasarkan beberapa maklumat, kami juga percaya IS turut bertanggungjawab untuk beberapa serangan sama di Iraq,” katanya lapor Press TV.

 

Penggunaan gas berkenaan adalah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen Senjata Kimia 1997.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.