Ganja Mampu Bunuh Sel Kanser Dan Sperma Kata Pengamal Perubatan

Oleh: Dr Aznil Hisham

 

 

1. Pertama sekali ingin saya nyatakan, ini adalah tulisan yang bersifat akademik, tiada “conflict of interest” atau sebagainya kerana saya bercakap atas kapasiti seorang pengamal perubatan.

 

2. Marijuana atau cannabis adalah perkataan yang sering digunakan untuk merujuk kepada ganja. Namun, perkataan ganja menjadi satu stigma dikalangan masyarakat kita dan hari ini saya ingin perbetulkan stigma masyarakat tentang ganja.

 

3. Penggunaan cannabis ini ada dua kaedah. Pertama ianya digunakan untuk rawatan (therapeutic). Kedua ianya digunakan sekadar seronok-seronok. Saya tidak berminat untuk memperkatakan tentang pengunaan secara sosial dan tidak bertanggungjawab. Saya cuma ingin membincangkan ia dari sudut rawatan.

 

4. Untuk pengetahuan, penggunaan cannabis sebagai tujuan rawatan (therapeutic purposes) mula berkembang sejak tahun 1990 di Europe dan US. Malangnya, dengan kemunculan opioids (Morfin, methadone, Buprenorphine dan lain-lain) – ‘New Synthetic Drug’ maka penggunaan ‘medical cannabis’ menjadi tidak popular.

 

5. Menarik lagi, di bawah “International Narcotics Control System and Classified in Schedule I of the Single Convention in 1961”, cannabis telah diklasifikasikan sebagai “limited medical value but high potential for abuse”.

 

6. Dalam era kini, penggunaan cannabis kembali diperhangatkan terutama dalam rawatan “pain management” dan cancer. Ada artikel mengatakan bahawa ‘medical cannabis’ adalah sedikit lebih baik dari opioid dalam kawalan ‘chronic pain’. Terdapat teori mengatakan bahawa, pengambilan opioid yang masuk ke dalam pembuluh darah akan pergi ke otak dan bertindakbalas dengan reseptor opioid di otak. Maka pesakit hilang rasa kesakitan. Dan menurut mereka, penggunaan secara berterusan menyebabkan reseptor-reseptor ini rosak dan pesakit merasakan kesan ubat berkenaan tidak sama di peringkat awal. Akibat dari itu, pesakit akan menambah dose ubat berkenaan semata-mata inginkan kesan yang sama. Akhirnya, dose yang berlebihan mendedahkan pesakit kepada risiko kematian.

 

7. Lebih memeranjatkan, ada juga kajian mengatakan bahawa ‘medical cannabis’ banyak membantu pesakit-pesakit kanser dan juga HIV. Kita sedia maklum bahawa pesakit-pesakit ‘chronic illness’ ini menghadapi kekurangan dalam selera makan (loss of appetide) dan kerap loya dan muntah. Dengan pengambilan ‘medical cannabis’ sebagai alternatif kepada opioid, pesakit2 kanser kembali mempunyai selera makan yang lebih baik dan juga tiada lagi loya dan muntah. Namun kajian-kajian ini masih peringkat awal dan pada skala yang kecil.

 

8. Terdapat artikel yang mengatakan bahawa cannabis mampu membunuh sel-sel kanser. Secara teorinya ada benarnya. Namun harus sedar, ianya bukan hanya membunuh sel-sel kanser sahaja, ianya juga membunuh sel-sel normal terutama di otak serta merosakkan sel-sel sperma dan mengubah struktur sperma.

 

9. Saya bukan memiliki pengalaman luas dalam berurusan pesakit-pesakit yang menggunakan ganja ini. Namun dari pemerhatian saya yang amat sedikit melalui pemeriksaan CT scan dan MRI, pesakit-pesakit yang menggunakan ganja secara kroik mempunyai otak yang kecut (brain atrophy). Mungkin ini yang menyebabkan pengguna-penguna ganja menjadi tidak fokus dan tidak bermotivasi dalam aktiviti harian.

 

10. Maka, mengapa penggunaan cannabis tidak diperluaskan? Tahukah anda bahawa ‘marijuana smoke’ boleh menyebabkan kanser 50% – 70% lebih tinggi risiko berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa, marijuana smoke juga boleh merosakkan paru-paru 5 kali ganda berbanding perokok biasa? Tahukah anda bahawa pengambilan cannabis ini akan mengganggu struktur sel dan juga menyebabkan ‘severe hereditary defects’ seperti ‘birth defect’ dan ‘mental disorder’ bagi kanak-kanak? Anak Kecil yang lahir dari ibu yang mengambil ‘cannabis’ juga menghadapi permasalahan dalam perkembangan otak. Malah kanak-kanak ini juga mengalami risiko leukaemia.

 

11. Menut pemerhatian mereka yang menggambil kanabis secara berleluasa ini sering berdepan dengan simpton mudah lupa, mudah rasa panik, kadar degupan jantung makin laju dan berdepan dengan risiko penyakit jantung, ‘disorientated’ dan sukar untuk tidur.

 

12. Namun kenapa ada negara yang menghalalkan penggunaan kanabis sebagai rawatan? Walaupun mereka benarkan, namun ‘medical cannabis’ masih tertakluk di bawah perundangan yang ketat (strictly regulated system). Di Amerika sebagai contoh, tidak semua negeri yang dibenarkan menggunakan ‘medical cannabis’ sebagai rawatan. Malah tidak semua doktor yang boleh ‘prescribed’ pengunaanya. Lebih menarik, penggunaan ‘medical cannabis’ adalah sebagai trial (percubaan) dan ubatan yang berasaskan kanabis adalah ‘strongly limited’ di negara-negara ini.

 

13. Terdapat kajian menarik dari tahun 1990 tentang penggunaan medical cannabis (lihat gambar). Dan kajian ini dapati bahawa hampir kesemua negara yg membenarkan penggunaan cannabis, lebih 50 – 60% doktor tak mengsyorkan pengambilan medical cannabis dan pesakit juga tak demand terhadap ubat ini. Jadi kenapa kita perlu beria-ia mahu kerajaan gugurkan undang2 untuk menghalang penggunaan ganja?

 

Table canabis

 

 

 

 

 

#‎Kesimpulan‬

 

1. Ramai yang salah faham apabila dunia bicara tentang penggunaan ganja untuk rawatan. Tetapi “mereka” bicara untuk keseronokkan dengan menggunakan alasan kesihatan.

 

2. Belum ada kajian yang kukuh dan luas tentang penggunaan medical cannabis untuk ‘pain management’ dan banyak kajian bahawa opioid adalah yang terbaik. Di Malaysia, kita mengunakan opioid untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah ketagihan ganja.

 

3. ‘Synthetic drug’ seperti Opioid agak sukar didapati oleh orang awam sebaliknya ‘non-synthetic drug’ seperti ganja mudah diperolehi. Mereka hanya perlu tanam di belakang rumah dan ganja ini boleh digunakan dalam rokok mahupun vape. Dan jika kalian perasan, golongan yang mahu ganja menjadi “halal” adalah dari mereka yang memperjuangkan vape (sebilangan kecil).

 

4. Walaupun ada negara yang membenarkan penggunaan medical cannabis, mereka menghadapi masalah antara perundangan secara ‘legal’ dan ‘illegal’ kerana ianya bertindih. Jika dihalalkan penggunaan ganja, akan ramai yang menyalahgunakan perundangan ini untuk merosakkan diri. Apapun, negara-negara tersebut masih mengambil polisi yang ketat terhadap penggunaan ganja sebagai rawatan.

 

5. Ganja boleh kurangkan kos sara hidup dan membantu ketenangan adalah teori yang agak pelik. Kita ada banyak ubat penenang yang lebih selamat berbanding ganja. Dan ubat ini juga kita guna utk merawat pesakit ketagihan ganja. Kita juga ada Al Quran yg boleh menenangkan kita. Malangnya kita tidak addict terhadap Al Quran. Kita tetap mahu ganja. Kurang mengerti.

 

6. Ada sesetengah pihak cuba mengaitkan dgn TPPA. Ianya adalah untuk medical cannabis. Dan undang-undang  Malaysia menghalang penggunaan cannabis. Maka, ianya tiada kena mengena langsung. Malah, negara yang seperti Amerika dan Australia juga begitu ketat mengawal penggunaan medical cannabis. Jadi usah salah faham antara penggunaan secara rawatan dengan penggunaan secara suka-suka.

 

 

Nota:

 

* Penulis adalah merupakan salah seorang pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan di ibukota ia merupakan pendapat peribadi yang dipetik dari laman Facebook beliau dan ia tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV

5 thoughts on “Ganja Mampu Bunuh Sel Kanser Dan Sperma Kata Pengamal Perubatan

  • March 19, 2016 at 3:53 am
    Permalink

    Aiii…bagi laku ubat hospital la ni.Takut org kena kanser Cari ganja

    Reply
  • July 23, 2016 at 1:52 pm
    Permalink

    Salam doktor. Sekiranya doktor menulis atas kajian ilmu kedoktoran, sila buktikan secara saintifik point nombor 8, nombor 10 dan nombor 11.

    Tiada rujukan disertakan bermakna ini hanyalah tuduhan melalut dari seorang doktor.

    Pada kesimpulan, point nombor 3 adalah tidak tepat. Sebenarnya synthetic drug lebih mudah diperolehi daripada ganja.

    Anda boleh masuk farmasi dan beli bahan-bahan untuk buat syabu, tanpa halangan!

    Reply
  • October 5, 2016 at 1:01 am
    Permalink

    Doc ni pun otak dia dh kena basuh dgn citer dongeng yahudi. Hello doc…ganja tu ciptaan Allah utk manusia.Ciptaan dari Allah tidak ada yg sia sia. Kenapa doc tak pertikaikn arak yg tak diharamkan oleh kjaan Msia sedangkan Allah & rasulullah dh beri petunjuk arak itu mudarat kpd manusia. Maaf doc…sy rasa mental awk ada keracunan panadol la.

    Reply
    • July 30, 2018 at 5:45 pm
      Permalink

      wahai teman. saya tidak membela doctor ini, tapi biar saya beri pencerahan. macam mana awak kata ciptaan dari Allah tidak ada yang sia sia? bukankah Allah ciptakan syaitan? macam tu baik kita berkawan ajelah dengan syaitan. mereka pasti tak sia sia. jangan mengutuk doctor ini, apa yang dia katakan mesti ada haknya. Namun, saya tak nafikan, mesti ada baiknya menggunakan ganja untuk perubatan, tetapi zaman sekarang ni, yang nak legalisasikan ganja adalah rata2 dari khalayak yang suka ‘stone’. saya penggemar ganja, sebelum ini, memang best rasa dia. sangat positif. senang untuk melihat pada perkara2 positif. namun, adakah itu cara seseorang muslim mencari ketenangan? bukankan rasulullah s.a.w telah bersabda, sesungguhnya dengan berzikir menenangkan jiwa? jadi kita ni sbnrnye dah kurang berzikir kurang mengingati Allah subhanahu wa ta’ala. wallahu a’lam.

      Reply
  • April 29, 2017 at 12:56 am
    Permalink

    org akademik berkata2.. rujukan nya kafir.. kenape tak rujuk kitab perubatan islam 10 abad lepas? nak pakai kafir jugak.. check balik book of healing – ibnu sinar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.