Cempelai Berjaya Bunuh Ular Paling Bisa Di Dunia

Windhoek (Namibia) – Seekor cerpelai berjaya dirakam membunuh seekor ular antara paling berbisa didunia untuk dijadikan ‘santapannya’.

 

Memetik laporan Daily Mail, rakaman itu dirakam di Taman Negara Etosha Namibia.

 

“Ular Boomslang mampu membunuh manusia, ia antara pemangsa yang ditakuti di dalam hutan, tetapi cerpelai mampu membunuhnya, ini luar biasa” petik jurucakap taman itu.

 

Menerusi rakaman itu menunjukkan bagaimana cerpelai itu bijak menyerang hendap, ia menyelusuri sebatang pokok di mana ular itu sedang ‘berehat’.

 

Tanpa semena-mena dengan liciknya si cerpelai itu berjaya membunuh ular itu lantas menjadikan ular itu sebagai hidangan yang lazat buatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.