Bisnes Vape Gulung Tikar

KUALA LUMPUR – Industri rokok elektronik atau vape kegilaan anak muda kini meniti zaman suram apabila bisnes yang dulunya mampu menjana pendapatan sehingga RM1 bilion setahun bertukar menjadi mimpi ngeri ekoran pengharaman jualannya di beberapa buah negeri.

 

Keadaan menjadi lebih buruk selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan vape pada 21 Disember 2015.

 

Presiden Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta), Rizani Zakaria berkata, jumlah ahli persatuan itu yang terpaksa menutup perniagaan pada tahun ini dijangka terus meningkat selepas 600 ahlinya gulung tikar sejak November tahun lalu.

 

Beliau menegaskan, tindakan tegas pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan merampas barangan jualan menyebabkan perniagaan mereka lingkup dan angan-angan untuk menjadi jutawan segera vape berkecai sekelip mata.

 

“Sebelum ini, ahli-ahli kami mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 sebulan tetapi sekarang ini, mereka nak dapat RM10,000 sebulan pun sukar. Jika dulu mereka bergelar jutawan segera, kini semuanya bertukar mimpi ngeri.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.