Bekas Suami Tidak Terkejut Yatt Hamzah Nikah Lagi

KUALA LUMPUR – Bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tidak terkejut apabila mendapat tahu pelakon dan pengacara itu akan bernikah dengan Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 27 Februari ini.

 

Kata Abdul Mutalib, dia menerima berita pernikahan Yatt dengan hati terbuka dan turut mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut.

 

“Saya berdoa semoga segala yang dirancang oleh Yatt berjalan lancar dan jodoh baharunya itu berkekalan.

 

“Hanya satu, saya juga harap dia menghormati, jujur dan taat pada suami baharunya setelah bernikah nanti dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada pihak media semalam.

 

Abdul Mutalib dan Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2009, ketika masing-masing berumur 29 tahun dan bercerai talak satu pada 26 Ogos 2015.

 

Dalam pada itu, Abdul Mutalib juga tidak menafikan gosip sebelum ini yang mendakwa bakal suami Yatt sebagai orang ketiga sewaktu penceraian mereka dulu.

 

Berkenaan khabar angin bahawa bakal suami Yatt sebagai punca penceraian mereka sebelum ini, Abdul Mutalib tidak menafikannya.

 

“Walau bagaimanapun saya telah lama memaafkan dan mendoakan yang baik-baik untuk mereka,” katanya. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.