Angah Raja Lawak Akhiri Zaman Bujang

KUALA LUMPUR – Pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20.

 

Majlis pernikahan tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes, di Ayer Keroh, Melaka.

 

Berbekalkan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

 

Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

 

Sementara itu, angah turut berkongsikan beberapa keping gambar di laman sosial Facebook miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.