Amerika Hantar 15,000 Tentera Ke Seoul

SEOUL, KOREA SELATAN – Tentera Amerika Syarikat (AS) akan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama Korea Selatan bulan depan, berikutan ujian nuklear dan peluru berpandu yang dilancarkan Pyongyang.

 

Menurut laporan Agensi Yonhap, AS akan menghantar 15,000 anggota keselamatan ke latihan komputer tahunan Key Resolve, dan bilangan itu meningkat 3,700 berbanding tahun lalu.

 

Menteri Pertahanan Han Min-goo sebagai berkata, Seoul juga akan meningkatkan jumlah tentera yang dihantar.

 

Key Resolve, yang berlangsung selama 10 hari tahun lalu biasanya bermula serentak dengan satu latihan lapangan dikenali sebagai Foal Eagle, iaitu latihan ketenteraan bersama yang diadakan kira-kira 50 hari.

 

Bulan lalu, Korea Utara melancarkan ujian nuklear keempat meskipun menerima kritikan antarabangsa dan diikuti dengan pelancaran roket jarak jauh pada 7 Februari lalu, lapor AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.