Video: Peniaga Kios Plaza Sentosa Ugut Pelanggan Dengan Kayu

Kuala Lumpur – Seorang lelaki nyaris dipukul ketika cuba memulangkan kembali telefon bimbit yang baru dibelinya dalam satu kejadian di Plaza Sentosa, Alor Setar baru-baru ini.

 

Menurut sumber SuaraTV, peniaga kedai telefon bimbit itu berang apabila lelaki tersebut dikatakan meminta agar wangnya dikembalikan.

 

 

“Kejadian baru berlaku dalam minggu ini, Cina kedai tu tak puas hati bila pelanggan pulangkan balik handphone yang rosak tak sampai seminggu dibeli.

 

“Kejadian macam ni dah selalu berlaku kat Plaza Sentosa, pelangan bukan setakat ditengking malah ada yang dikatakan turut menerima ugutan ,” ujarnya yang enggan mendedahkan identitinya.

 

Menurutnya lagi pihak penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, sebelum ini pernah melakukan serbuan terhadap empat premis di plaza terbabit menjual telefon bimbit dan pelbagai aksesori tiruan.

 

Hasil serbuan itu penguatkuasa KPDNKK turut dikatakan merampas telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan dianggarkan bernilai hampir RM 25,00.00.

 

Terdahulu pengendali laman Facebook UtaraNews memuatnaik sebuah rakaman video berdurasi 0:57 saat yang memaparkan seorang lelaki diugut dengan kayu di salah sebuah kios telefon bimbit.

 

“Kes handset 2ndhand (gunapakai) di Sentosa Plaza, dari dulu sampai la tak pernah sudah-sudah dengan penipuan.

 

“Bila pelanggan tak puas hati, (mereka bawa) keluar semua kayu (dan) besi (ugut) nak pukul” ujar pengendali laman tersebut.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial turut menceritakan pengalaman yang pernah mereka lalui ketika berurusan dengan peniaga telefon bimbit di pusat membeli-belah yang terbabit.

 

Kedai ni memang lahabau sikit, hari tu aku (pergi) tengok (dan) tanya harga. Sebab harga mahal, pergi tengok kedai lain, (peniaga kios) siap maki, kata kalau tak mahu beli jangan tengok.. macam haram” ujar Ikhwan Merbok di ruangan komen Facebook UtaraNews itu.

 

“Pihak PDRM dan pengurusan kompleks silalah ambil tindakan” ujar Azizul Hashim pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.