Video: KPN Arah Pecat Anggota Rakam Aksi Wanita, Adalah Info Palsu – PDRM

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan yang mendakwa kononnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan seorang anggota pasukan itu dipecat kerana dikatakan merakam video suspek wanita bogel di balai polis.

 

Penolong Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata maklumat yang disebarkan itu sebagai palsu.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2hjn4b_russian-woman-strips-naked-in-police-station_news

 

“PDRM telah mengesan sebaran maklumat melalui akaun Facebook ‘Informasi Malaysia Kini’ yang memaparkan gambar seorang wanita bogel di sebuah balai polis dan mendakwa Ketua Polis Negara akan memecat anggota polis yang merakamkan aksi tersebut.

 

“Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di Moscow, Russia, di mana gambar tersebut dimuat di laman Oh My Media” ujar kenyataan tersebut.

 

Menurut Asmawati tindakan menyebarkan maklumat palsu itu merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana mencemar imej PDRM.

 

“Tindakan pihak yang memuatnaik berita palsu tersebut dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, boleh menggelirukan masyarakat dan berupaya mencemar imej PDRM.

 

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan cara yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Gunakanlah ia dengan bijak dan berhemah untuk kebaikan bersama,” ujar kenyataan itu lagi.

 

Beberapa buah blog semalam mendakwa anggota polis PDRM telah memuatnaik rakaman dan gambar seorang wanita menari dalam keadaan bogel.

 

Ekoran tindakan itu, Ketua Polis Negara kononnya telah mengarahkan anggota tersebut dipecat.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati entri tersebut kemudiannya telah dipadamkan sejurus selepas pihak PDRM mengeluarkan kenyataan rasmi.

 

Portal Daily Mail sebelum ini melaporkan sekumpulan anggota polis bakal berdepan tindakan buang kerja selepas video yang mereka rakam itu tersebar di media sosial.

 

Di dalam rakaman tersebut seorang wanita yang mengalami masalah mental dilihat berbogel sambil menari di sebuah balai polis.

 

Wanita yang dikenali sebagai Irina K itu ditangkap kerana dilaporkan menggangu ketenteraman awam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.