Surat Terbuka Buat Pemimpin Islam Dan Melayu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Dunia semakin hampir ke penghujungnya. Beratus tahun kita telah habiskan masa dan waktu untuk bertelagah dan berbalah sesama kita kerana pangkat, harta dan kuasa.

 

Berapa banyak masa, tenaga dan harta yg dibazirkan utk bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri. Kita punyai banyak persamaannya cuma apa yang berbeza hanya nama parti politik.

 

Kini, CNN dan semua media barat sibuk mengancam Brunei disebabkan Undang-Undang Syariah.

 

Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei samada di dalam atau luar negara.

 

Berbeza dengan Malaysia, negara Brunei adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumbernya sendiri iaitu minyak dan gas serta hampir keseluruhan penduduknya Melayu dan Islam.

 

Berbeza dengan Malaysia yang pernah dijajah oleh Jepun dan British, Brunei tidak pernah dijajah sesiapa dan mengamalkan sistem monarki beraja iaitu Sultan Brunei mempunyai kata putus dlm semua perkara.

 

Malaysia pula mengamalkan sistem Demokrasi Berperlembagaan dan semua perkara mesti mendapat persetujuan 2/3 Parlimen dan melalui sistem pilihanraya.

 

Parti pembangkang yang wujud di Malaysia juga amat teruk mentaliti dan pemikirannya kerana mereka asyik membangkang semata tanpa ada solusi atau memberi penambahbaikan kepada pihak kerajaan.

 

Niat dan tujuan utama pihak pembangkang PR hanya untuk menjatuhkan Kerajaan BN bagi membolehkan mereka berkuasa di Putrajaya semata.

 

PAS pula asyik mendendangkan lagu yg sama setiap kali tiba musim pilihanraya iaitu Hudud sedangkan apa yang sepatutnya diperjuangkan oleh PAS yg mengaku sbg parti Islam ialah Syariah Islam yg mempunyai 4 perkara besar iaitu Ibadat, Munakahat, Muamalat, Takzir dan Jinayat. Hudud, Takzir, Qisas di bwh Jinayat. Takzir dan Qisas telah dilaksanakan Kerajaan cuma Hudud mungkin akan dilaksanakan nanti.

 

Insha Allah, dalam isu Hudud ini sepatutnya PAS memberikan cadangan dan berbincang sebaiknya dengan pihak kerajaan.

 

Bukan sekadar retorik di pentas ceramah. Jangan memberi pelbagai alasan bg menjalankan perintah Tuhan!

 

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah melancarkan Maqasid Syariah.

 

Malaysia adalah negara Islam pertama yg melancarkan Maqasid Syariah sbg indeks negara. Mengapa dalam isu ini pemimpin PAS membisu pula?

 

Baru-baru ini kita telah diuji, ianya sebagai pengajaran dan ingatan Allah kepada kita.

 

Kelantan yang diperintah oleh PAS (lebih 20 thn) teruk dilanda banjir. Alhamdulillah kita telah berjaya buktikan bahawa nilai persaudaraan dan ukhuwah sesama Islam mengatasi batasan ideologi politik.

 

Pemimpin UMNO dan PAS bersatu berganding bahu bantu-membantu dan ini merupakan sikap terpuji disebalik segala ujian Tuhan ini.

 

Alhamdulillah, Malaysia selepas 50 thn merdeka mengalami banyak perubahan dlm pelbagai aspek.

 

Asimilasi ini semakin hari semakin baik. Kalau dulu pelajar sekolah dan pasukan beragam memakai seluar pendek kini mereka berseluar panjang dan bertudung.

 

Taraf ekonomi Islam juga semakin baik apabila adanya sistem perbankan Islam, Takaful, Ar-Rahn dan lain-lain.

 

Mahkamah Syariah juga telah dibina dgn gahnya di Jalan Duta sebagai persediaan untuk memindahkan undang-undang daripada Mahkamah Sivil.

 

Segalanya perlu dilaksanakan secara berhemah dan bijaksana kerana ancaman Malaysia bukan saja daripada dalam negara bahkan yang paling bahaya adalah daripada luar negara.

 

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama dan harus diingat bahawa Bar Council (Majlis Peguam) yang dikuasai oleh para peguam DAP adalah pelindung kepada Common-Law dan penentang utama kepada Undang-Undang Islam.

 

Hampir semua pemimpin PKR dan DAP samada Cina atau India berpegang kpd agama Kristian Evangelist yg sejak daripada Perang Salib lagi memang memusuhi Islam.

 

Cita-cita dan matlamat Evangelist ini hanya utk menghancurkan Islam dgn apa cara sekalipun! Apakah pemimpin PAS tidak menyedari hal ini atau mereka sekadar “memejam mata” demi kuasa dan matlamat utk menjatuhkan UMNO semata?

 

Apa yg utama sekarang ialah perpaduan dan penyatuan ummah. Ini adalah masa yg terbaik utk UMNO dan PAS bergabung demi ummah.

 

Tidak timbul soal siapa memerlukan sesiapa kerana melihat kepada statistik sokongan org Melayu kpd UMNO dalam PRU13 semakin meningkat manakala sokongan semakin menurun kpd PAS.

 

Justeru, PAS tidak perlu menggunakan alasan ini sbg alasan utk menolak penyatuan dgn UMNO. Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pula adalah ketiga selepas DAP dan PKR.

 

Jentera PAS pula digunakan semaksima oleh calon PKR dan DAP sewaktu pilihanraya sahaja namun di abaikan selepas pilihanraya bahkan di Pulau Pinang tiada jawatan Exco diberikan kpd PAS.

 

Lebih memalukan apabila PAS sekadar membisu apabila Bendahari PAS, saudara Aszuree dipecat daripada semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya kerana menegur Lim Guang Eng dalam Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.

 

Seluruh umat Melayu di Malaysia amat mengharapkan penyatuan UMNO dan PAS.

 

Kami mengharapkan perpaduan demi ummah. Bersatu teguh, bercerai kita roboh. Membina sebuah tamadun bangsa mengambil masa beratus tahun tapi utk menghancurkannya hanya memerlukan tempoh kurang drp setahun. Buang segala ego wahai pemimpin PAS dan UMNO.

 

Bersatulah demi ummah!

 

Ikhlas demi ummah,
Anak Jati Paka
Shah Alam, Selangor
19hb Februari 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.