Penyokong TRW Disaran Beli Tiket Secara Online

Kuala Lumpur – Melihatkan kepada gejala ulat tiket yang seakan tidak berkesudahan, penyokong pasukan Kelantan kini memiliki alternatif lain untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Sultan Muhammad IV, apabila tiket kini boleh dibeli secara atas talian (online).

 

Tidak perlu lagi beratur panjang, perkara tersebut dimaklumkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa melalui entri Facebooknya yang dipetik berkata, peminat The Red Warriors (TRW), digalakan beralih kepada platform pelian tiket tersebut bagi mengekang gejala ulat tiket yang semakin berleluasa pada setiap perlawanan.

 

Annuar berkata pada Selasa, “Tidak perlu membeli daripada ulat, tidak perlu beratur panjang, tidak perlu tunggu hari perlawanan, Kafa sudah pun melancarkan penjualan tiket secara online (atas talian) bagi semua perlawanan liga musim ini.”

 

Sebelum ini, Annuar pernah membangkitkan perkara berkaitan ulat tiket ini dalam entri sebelumnya, terutamanya ketika melibatkan perlawanan antara pasukan kelantan dan Lion XII.

 

“Harap pihak pengurusan (Kafa) buat laporan kepada pihak Jawatankuasa Intergriti, Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat puncanya, kepada mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

 

Penyokong TRW kini boleh mendapatkan tiket melalui laman web www.ticketnow.com.my, dengan pelbagai kemudahan lain terutamanya maklumat berkaitan jadual perlawanan dan sebagainya.

One thought on “Penyokong TRW Disaran Beli Tiket Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.