Navarro intai kejuaraan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015

Kuala Lumpur – Pemain nombor 13 dunia Carla Suarez Navarro mengintai kejuaraan pada Terbuka Malaysia BMW 2015 di Kelab Golf Diraja Selangor dari 2 hingga 8 Mac.

 

Menurut kenyataan penganjur, pemain berusia 26 tahun yang bermastautin di Barcelona itu datang ke Kuala Lumpur untuk memburu kejuaraan WTA bagi kali kedua, agak mengejutkan bagi pemain yang secara konsisten menyingkirkan 10 pemain terbaik kejohanan sejak mula beraksi di sini pada 2008.

 

Susulan penarikan dirinya, Navarro meluahkan dalam laman sosial Twitter bahawa beliau menikmati percutian dan tidak sabar untuk beraksi dalam banyak lagi aksi final.

 

“Walaupun tidak berpeluang untuk melangkah ke final WTA Diamond Games, ia merupakan minggu yang hebat bagi saya. Saya terus berusaha,” katanya.

 

Navarro merupakan pemain berkebolehan yang jarang ditemui kerana kepakarannya membuat pukulan kilas dan kehebatannya sering dibandingkan dengan bekas pemain nombor satu dunia dan juara Grand Slam sebanyak sembilan kali Justine Henine-Hardenne yang sudah bersara.

 

Turut beraksi dalam kejohanan tahun ini ialah pemain nombor lima Dunia Caroline Wozniacki, Casey Dellacqua (Australia), Jarmila Gajdosova (Australia), Hsieh Su-wei (Taiwan) dan Zarina Diyas (Kazakhstan).

 

Cabaran Malaysia pada kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$250,000 (kira-kira RM900,000) akan diketuai pemain berusia 24 tahun Jawairiah Noordin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.