Myanmar Diisytihar Darurat

Kunlong – Presiden Myanmar Thein Sein mengisytiharkan darurat di wilayah Kokang, dengan melaksanakan undang-undang tentera bagi tempoh tiga bulan, dalam satu pengumuman di televisyen tempatan pada Selasa.

 

Pertempuran yang tercetus sejak 9 Februari lalu antara tentera kerajaan dengan Perikatan Tentera Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) telah meragut sekurang-kurangnya 47 nyawa tentera dan 26 anggota MNDAA.

 

Sementara itu, beribu-ribu orang awam yang lain telah melarikan diri, ke kawasan lain sama ada di kawasan lain dalam negara serta sempadan China, lapor agensi berita tempatan Global New Light of Myanmar.

 

“Situasi serius sedang berlaku dan nyawa penduduk kini dalam bahaya. Oleh itu, perintah darurat diisytiharkan bermula hari ini (Selasa),” menurut Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan.

 

Dalam satu kenyataan yang lain, jurucakap Kementerian berkata, ” Kami merayu kepada semua pihak untuk berdamai.”

 

“Pertempuran hanya akan melemahkan proses pendamaian kebangsaan yang sedang berlangsung,” lapor kenyataan tersebut melalui e-mel.

 

Dengan pengumuman darurat ini, ketua turus angkatan tentera negara kini berkuasa penuh bagi memastikan kestabilan dan undang-undang di kawasan terjejas.

 

Sementara itu, makluman daripada media tempatan China, lebih 30,000 penduduk Myanmar telah melintasi sempadan negara sejak minggu lalu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.