ISIS Bina Kubu Baharu Di Afrika Utara

Afrika – Pengaruh Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) secara beransur-ansur berkembang dari kubu kuatnya di Timur Tengah ke Afrika Utara, lapor Reuters.

 

Militan di beberapa negara di Afrika Utara, termasuk Libya, Mesir, Algeria dan Tunisia, telah berikrar setia kepada pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi.

 

Gabungan Kumpulan militan ISIS telah bahagikan Libya kepada tiga wilayah dan mempunyai kehadiran di Tripoli dan bandar-bandar pantai Darnah dan Benghazi.

 

Dilaporkan juga ISIS rekrut warga Tunisia melalui Libya untuk latihan.

 

Negara-negara Eropah yang paling dekat dengan Libya mendapati perkembangan pengaruh ISIS meningkat di seluruh Afrika Utara.

 

Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi telah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memerangi ISIS di Libya, yang hanya 800km dari Itali.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2hadkg_is-pancung-21-rakyat-mesir-di-libya_news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.