Dua Beradik Lemas Di Pantai Irama, Bachok

Bachok – Dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang mandi bersama tiga rakan di Pantai Irama di sini, hari ini.

 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Pegawai Bomba Kanan II Abdul Razak Abdul Rahman berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Mohd Fidaus Mat Adam, 24, dan adiknya Mohd Faiz, 19, hilang dibawa arus dalam kejadian pukul 9 pagi ini.

 

“Seorang rakan mangsa dikenali sebagai Raja Amir Hamzah, 11, dapat diselamatkan oleh orang awam yang melihat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Katanya dua lagi rakan mangsa dapat menyelamatkan diri masing-masing.

 

Razak berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok dan empat anggota skuba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan melancarkan gerakan mencari kedua-dua mangsa bermula pukul 9.45 pagi ini sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 pagi.

 

Beliau berkata dua beradik dan tiga rakannya mandi di pantai berkenaan sempena cuti Tahun Baharu Cina dan gerakan mencari dan menyelamat agak sukar berikutan keadaan ombak yang tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.