Cristiano Ronaldo Kembali – Ancelotti

Paris – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti kembali lega apabila Cristiano Ronaldo kembali meledak jaringan selepas tiga perlawanan dengan pemenang Ballon d’Or itu mengakhiri kemarau golnya apabila membantu Real Madrid meraih kemenangan 2-0 ke atas Schalke pada Rabu.

 

Menurul portal Goal.com, pemain antarabangsa Portugal tersebut telah diberikan perhatian negatif dalam beberapa minggu kebelakangan ini, setelah terlepas dua perlawanan akibat penggantungan di La Liga, serta tidak menjaringkan gol sejak 18 Januari.

 

Bagaimanapun, tandukan bergaya pada minit ke-27 separuh masa pertama di Arena Veltins telah meletakkan penyerang itu kini setaraf dengan Lionel Messi dan Raul sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan Eropah, dengan 76 gol di semua kejohanan..

 

“Ronaldo kembali,” Ancelotti memberitahu Canal Plus. “Dia menjaringkan gol dan menjadi perancang.”

 

Jurulatih yang membimbing Madrid meraih kejayaan ke-10 Liga Juara-Juara dan Piala Eropah tahun lalu, berpuas hati dengan prestasi pasukannya menentang pasukan Schalke dalam perlawanan yang disifatkan sukar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.