Bekas Tahanan Guantanamo Diseksa Selama 5 Tahun

Sydney – Seorang bekas tahanan Guantanamo yang merupakan warga Australia berkata dia mahu kerajaan bayar untuk rawatan penyakit akibat daripada penyeksaan,selepas mahkamah rayuan tentera AS menolak sabitannya atas tuduhan keganasan, lapor Reuters.

 

David Hicks, yang menghabiskan masa lima tahun di kem tahanan Amerika Syarikat di Cuba, berkata beliau belum memutuskan sama ada untuk mendapatkan pampasan yang lebih di Australia.

 

“Saya berfikir bahawa seseorang perlu bertanggungjawab untuk perbelanjaan perubatan saya,” kata Hicks kepada pemberita di Sydney.

 

“Saya telah menjalani lima dan setengah tahun penyeksaan fizikal dan psikologi yang hantui saya selalu

 

Hicks mengaku bersalah pada tahun 2007 kerana menyediakan sokongan material kepada aktiviti keganasan tetapi Mahkamah Suruhanjaya Ketenteraan Amerika Syarikat menolak kesalahannya kerana aktiviti itu tidak menjadi satu jenayah sehingga tahun selepas dia ditangkap di Afghanistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.