Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Laluan Lebuhraya

Kuala Lumpur – Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utara dan selatan di seluruh negara, dilaporkan bergerak perlahan sehingga 10.30 pagi ini, sama keadaannya dengan malam tadi.

 

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata kenderaan banyak di bahagian utara bermula dari Bukit Lanjan ke Sungai Buloh, Bukit Lanjan ke Bukit Beruntung, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Ipoh menuju ke Terowong Menora.

 

“Di bahagian selatan, trafik perlahan dari Tol Kempas ke Skudai, Senai Utara ke Kulai Jaya, Sedenak ke Simpang Rengam, Machap ke Ayer Itam menuju Yong Peng dan Putera Mahkota ke Port Dickson.

 

“Di Kuala Lumpur-Karak pula, trafik perlahan dari Tol Gombak ke KM33 menghala ke timur. Bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan yang dilaporkan,” katanya dipetik Bernama.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.