Tanah Runtuh Di Melawati, Pemilik Baglo Resah

Tanah Runtuh 1

KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati, di sini, cemas apabila tanah di bahagian belakang kediamannya tiba-tiba runtuh, malam tadi.

Mohamad Hassan, 64, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat, kira-kira 6.30 petang.

 

Tanah Runtuh 2

“Saya dengar bunyi bising di belakang rumah, saya buka pintu belakang dan lihat air sedang melimpah keluar dari bahagian bukit.

“Saya segera tutup semua pintu dan tingkap. Air melimpah masuk di dapur sehingga paras buku lali dan tidak lama kemudian saya dengar bunyi seperti letupan dan nampak tanah runtuh dan mengenai bahagian luar dinding rumah,” katanya ketika ditemui.

Dia yang sudah 13 tahun mendiami rumah itu berkata, akibat kejadian struktur dinding belakang rumah senget.

Tanah Runtuh 3

Katanya, dia sedang menunggu arahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sama ada untuk berpindah atau sebaliknya.

“Di bahagian belakang rumah saya ada tanah tinggi yang jadi benteng dan ada longkang. Longkang itu pecah dan menyebabkan tanah runtuh.

“Apa pun kena tunggu keputusan MPAJ mengenai status untuk mendiami memandangkan kejadian sudah berlaku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan kira-kira 6.35 petang sebelum menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke tempat kejadian.

“Kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian belakang rumah dan tidak menjejaskan struktur rumah itu. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu,” katanya,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.