Ahli Parlimen Jelebu Sambut Baik Pakej Bantuan Permai

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Haji Jalaludin Alias dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih atas pengumuman pakej bantuan Permai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Beliau sendiri dan ahli parlimen lain dari UMNO, pernah mendesak kerajaan agar memberi bantuan kepada rakyat susulan keputusan untuk mengadakan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Dipetik dari kenyataan yang sama, Jalaluddin menyifatkan Pakej Bantuan Permai ini sebagai suatu usaha kerajaan untuk mengharmonikan semula kehidupan rakyat sejagat.

Tiga matlamat utama pakej bantuan ini iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, diyakini mampu mengurangkan keluh kesah rakyat selama ini.

Begitupun, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berharap, kesemua 22 inisiatif yang disenaraikan di bawah PERMAI ini dapat disegerakan dan tidak menyulitkan rakyat dengan karenah birokrasi yang pelbagai.

Diakhir kenyataan tersebut, Jalaluddin menegaskan bahawa beliau dan UMNO akan secara konsisten terus mencadang dan memperjuangkan inisiatif untuk rakyat, serta menjadi penimbang tara yang baik dalam perkara-perkara melibatkan kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat