Wanita Ini Hidup Dengan ‘Jantung’ Buatan Yang Di Bawa Dalam Begnya, Kisah Disebaliknya Buat Netizen Sebak

Tidak semua orang bernasib baik dan berpeluang mendapatkan peluang kedua. Tetapi, wanita yang bernama Selwa Hussain ini terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam untuk mendapatkan kehidupan yang kedua.

Wanita berusi 39 tahun dan juga ibu kepada dua anak ini telah diberikan ‘jantung’ buatan yang dibawa di belakangnya.

Selwa Hussain sebelum ini mengalami kegagalan jantung. Tanpa adanya alat ini, Selwa Hussein hanya boleh bertahan dalam beberapa saat sahaja.

Doktor menyimpulkan bahawa kegagalan jantung yang mendadak disebabkan oleh suatu keadaan iaitu kardiomiopati yang disebabkan oleh kehamilan.

Bagi mengepam darah ke sekeliling tubuhnya Selwa Hussain terpaksa menggunakan ‘jantung’ buatan dengan tenaga bateri dan motor elektrik di dalam beg seberat 6kg di belakangnya.

Ketika Selwa mengeluh tentang kesakitan di dadanya pada awal tahun lalu, doktor yang merawatnya pada mulanya mengatakan bahawa dia hanya mengalami masalah pencernaan.

Dia mula mengalami masalah bernafas pada bulan Julai dan terpaksa ke hospital dan menemui  doktor peribadinya di Clayhall, Essex, England.

Sesampai di sana dia dikejarkan ke hospital tempatan dan dimaklumkan bahawa dia mempunyai masalah serius dengan jantungnya dan hal itu boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung.

Empat hari kemudian, dia dibawa ke Hospital Harefield dan ketika itu, pakar kardiologi berjuang untuk menyelamatkan nyawa Selwa.

Selama tempoh itu Selwa terlalu lemah untuk dapat bertahan dengan sendirinya dan kerana itu dia terpaksa bergantung kepada alat itu agar dapat terus hidup.

Jantung buatannya dan dibuat di Amerika Syarikat.

Selwa Hussain selalu didampingi suaminya kerana bateri alat jantung buatan ini harus selalu diganti.

Mereka hanya mempunyai masa 90 saat untuk menggantikannya dengan bateri baru.

Ia mengambil masa beberapa bulan untuk Selwa membiasakan diri dengan beg jantung itu.

Kini Selwa telah menjadi orang kedua yang hidup dengan jantung buatan di England.

“Mereka berjaya mencari penyelesaian untuk masalah jantung saya dan memberi saya peluang untuk meraikan tahun baru bersama keluarga saya. Untuk itu, saya berasa sangat bersyukur,” kata Selwa.

Orang pertama yang menggunakan jantung buatan di England adalah lelaki berusia 50 tahun di Cambridgeshire.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.