Video: Rani Kulup Suruh Mahfuz Melutut Minta Maaf Pada Sultan Pahang

PETALING JAYA – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini mengesa agar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supays meminta maaf kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Menurut Presidennya Rani Kulop, permohonan maaf perlu dilakukan dengan cara yang betul tanpa menggunakan media sebagai perantara.

“Kau pergi jumpa Yang Maha Mulia Sultan, kau pergi melutut dekat dia, kau salam betul-betul itu adalah minta maaf bukan cakap pada media,” katanya ketika ditemui media tadi.

Tambahnya lagi, perkara sedemikian tidak harus digunakan sebagai isu politik kerana ia nerupakan satu tindakan yang biadap.

“Kenapa nak persendakan Sultan, kalau nak ceramah politik tu ceramah politik sahaja, jangan diusik institusi raja-raja Melayu.

Jangan jadi bahan lawak kerana ini akan menjadikan kemarahan rakyat.

Ini musim pilihanraya dah nak dekat, jangan gunakan isu dalam ceramah politik dan mengaitkan Sultan-Sultan dalam negara ini. Jangan gunakankan isu ini untuk tarik perhatian kerana ia adalah biadap,” ujarnya.

Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Mahfuz.

“Membuat report polis berkenaan perkara yang tular di laman sosial iaitu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang oleh individu yang dikenali sebagai seorang Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz,”katanya.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan kecewa dan murka dengan tindakan Mahfuz yang mempersendakan ayahanda baginda dengan menjadikan sebagai bahan jenaka dalam ceramah politik selain melanggar ketertiban seorang Melayu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.