Video Lucah Pelajar Sekolah Tersebar, Polis Sedang Buru Pelakunya

Selepas dikejutkan dengan video lucah yang memaparkan wanita dewasa dengan kanak-kanak lelaki, Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan video lucah pelajar sekolah berusia 15 dan 16 tahun.

Dua pelajar berkenaan dipercayai bersekolah di Semarang, Jawa Tengah.

Video lucah selama tiga minit itu dipercayai dirakamkan di rumah pelajar lelaki itu pada November tahun lepas. Kes itu kini dalam siasatan polis apatah lagi kedua-duanya adalah bawah umur.

Ia tersebar melalui aplikasi Whatsapp di kalangan para pelajar.

Sementara itu, seorang pelajar di Jawa Tengah, mengaku telah mengetahui mengenai video lucah itu yang telah tersebar sejak bulan lepas.

“Saya dan teman-teman sudah tahu sejak Disember (tahun lalu),” ujarnya.

Sebelum ini, penduduk Indonesia dikejutkan dengan pengedaran video lucah melibatkan wanita dewasa dengan dua kanak-kanak lelaki yang dipercayai dirakamkan di Bandung. Pelaku video berkenaan telah ditahan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.