Video: Asteroid Raksasa Menuju Bumi?

Asteroid raksasa akan berjarak dekat dengan bumi.

Menurut Metro.co.uk, ia juga dipanggil 2002 AJ129 dan difahamkan akan berada berdekatan Bumi pada 4 Februari depan.

Asteroid ini berukuran kira-kira 1.1km lebar, menjadikannya hampir berkeluasan seperti Hyde Park London – yang meliputi kira-kira 1.4 kilometer persegi.

Asteroid ini menjadi asteroid yang terbesar mendekati bumi setakat ini pada tahun 2018.

Ia dikelaskan sebagai ‘berpotensi berbahaya’, menurut Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Charles Bardeen, Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan di Boulder, Colorado, mengatakan bahawa batuan ruang sepanjang 1 km akan meninggalkan ‘kesan global yang sangat teruk’.

Asteroid ini akan meliputi banyak debu ke udara dan juga menyebabkan kebakaran dimana ia turut menghantar lebih banyak jelaga dan asap ke atmosfera.

Dalam senario kes terburuk, atmosfera sehingga 10 tahun akan menyekat cahaya matahari, sehingga menyebabkan suhu menurun dan tanaman tidak mampu hidup. Ia adalah masa yang amat perit,’ kata Bardeen, menurut Space.com.

Terdahulu, Asteroid Chicxulub, yang memusnahkan dinosaur, dipercayai berada di antara 10 hingga 15 kilometer (6.2 hingga 9.3 batu) lebarnya.

“Kami gembira melaporkan bahawa asteroid yang berada berdekatan bumi pada Februari tidak akan menghempas Bumi,”katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.