Tidak Dibenar Naik Pesawat Kerana Pembedahan Plastik

Pembedahan plastik kini menjadi trend yang amat digemari ramai.

Walau bagaimanapun, mereka yang memilih prosedur itu juga harus mempertimbangkan akibatnya.

Terutama apabila terdapat penampilan perubahan yang sangat drastik selepas pembedahan plastik selesai dilakukan.

Pengalaman ini berlaku kepada seorang wanita dari warga China.

Dilaporkan World Buzz, pada Khamis (18/1/2018), wanita bernama Zhang (28) mengalami satu insiden disebabkan penampilan baharunya yang berubah selepas pembedahan plastik yang dilakukannya.

Pada masa itu, dia baru sahaja menaiki kapal terbang dari Chengdu ke Shanghai, bagaimanapun telah menghadapi masalah di pusat pemeriksaan keselamatan lapangan terbang terbabit.

Selepas diperiksa, sistem imbasan pengenalan wajah tidak dapat mengenal wajah Zhang.

Apabila dibandingkan antara gambar kad pengenalannya yang tidak menjalani pembedahan plastik dan penampilannya kini adalah sangat berbeza.

Inilah sebabnya mengapa sistem itu tidak dapat mengecam wajah Zhang.

Disebabkan itu, Zhang perlu memperbaharui identitinya sesuai dengan wajah baharunya.

Zhang telah cuba menjelaskan kepada pegawai keselamatan bahawa dia menjalani pembedahan plastik.

Tetapi para pegawai tidak pasti dan mengatakan bahawa dia perlu pergi ke balai polis untuk mengesahkan identiti tersebut.

Zhang akhirnya menghabiskan masa 4 jam untuk membuktikan identitinya yang asal kepada pihak berkuasa.

Ini juga membuat Zhang terlepas penerbangannya yang harganya 1,190 yuan.

Akhirnya, dia terpaksa mengambil kereta api ke Shanghai. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.