Tak Patuh Nasihat Ibu

Nasihat ibu Selena Gomez, Mandy Teefey supaya anaknya tidak berkerjasama dengan pengarah kontroversi Woody Allen dikatakan tidak diendah penyanyi itu.

Ini kerana pengarah berusia 83 tahun itu pernah dituduh mencabul anak perempuan tirinya, Dylan Farrow.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Gomez enggan menarik diri daripada filem arahan Allen, A Rainy Day in New York, sekali gus mencetuskan kritikan netizen.

Susulan itu Mandy menerusi Facebook menjelaskan kerjasama anaknya dengan Allen dan hubungan dengan penyanyi Justin Bieber.

“Saya menjawab soalan mengenai Allen kerana netizen mula menyerang Gomez dan meminta saya supaya menasihati dia untuk meminta maaf.

“Saya turut diserang kerana mengongkong dia. Kemudian mereka menyuruh saya mengawal dia pula.

“Anak saya tidak perlu meminta maaf di atas keputusannya,” katanya.

Teefey yang juga produser siri The 13 Reasons Why menafikan kurang gembira dengan keputusan Gomez kembali bercinta dengan Bieber seperti dilaporkan oleh Gosip Cop.

Status panjang itu dikongsi Selasa lalu, namun sudah dipadamkan.

Menurut Daily Mail, hubungan Gomez dengan ibunya keruh sejak penyanyi itu berbaik semula dengan Bieber dan keputusannya mencari pengurusan baru pada 2014.

Sebelum ini, karier seni Gomez diuruskan oleh Teefey.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.