Rakam Gambar Kahwin Atas Gunung Everest

KATHMANDU, Nepal – Sepasang kekasih warga Australia melangsungkan perkahwinan mereka di Gunung Everest selepas selesai mendaki selama sembilan hari baru-baru ini.

Menurut Agensi, Pemilik perniagaan, Heidi Turunen, 32, yang berasal dari Finland dan tukang kayu, Tom Rein, 31, dari Bundaberg, Queensland terpaksa mengharungi cabaran cuaca sejuk dan mabuk ketika berada pada tempat tinggi sebelum tiba di Base Camp, Gunung Everest.

Mereka bertukar ikrar perkahwinan dengan berlatarbelakangkan kawasan pergunungan tertinggi di dunia pada paras ketinggian 5,380 meter dari laut.

Pasangan itu mengenakan pakaian tradisi apabila pengantin perempuan menyarung gaun putih manakala pengantin lelaki tampak kemas berpakaian sut.

“Kami mahu melakukan pendakian secara bebas, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi berdua tanpa menyertai mana-mana kumpulan pendaki, jurupandu atau khidmat malim gunung,” kata Turunen, petik Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.