Mahathir Pernah Kata Anwar Terlalu Tua Untuk Jadi PM, Kini Giliran Beliau Pula

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa Anwar Ibrahim sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri yang akan datang.

“”Saya rasa dia sudah terlalu tua,” kata Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara pada 2016.

Dalam wawancara itu, Mahathir berkata apabila berumur dalam 70-an, beliau membuat pengumuman tidak lagi boleh jadi Perdana Menteri pada usia 80.

“Jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun,” kata Mahathir.

Itu dua tahun lepas tetapi kini apa yang dikatakan kepada Anwar itu berbalik semula kepada dirinya. Mahathir yang sudah berusia 90-an kini dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Agaknya Mahathir terlupa bahawa beliau juga sudah tua dan nampaknya sudah tidak sabar untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) ini.

Jika dilantik sebagai Perdana Menteri semula, beliau akan memecah rekod pemimpin utama kerajaan di dunia ini dengan usia 93 tahun, iaitu pemimpin dunia paling tua.

Seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, zaman Mahathir sudah berlalu. Beliau umpama pemain bola yang hebat, apabila zamannya sudah berlalu maka tiada orang yang akan memilihnya untuk bermain bagi pasukan mereka.

“Dalam konteks Dr. Mahathir ini pun sama. Bila sampai satu tahap, orang sudah tidak pilih kerana zaman dia sudah berlalu,” kata Mohd. Amar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.