Kes Budak 15 Tahun Ditimpa Kerusi , Luahan Ibunya Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini telah digemparkan tentang seorang pelajar berusia lingkungan 15 tahun telah meninggal dunia akibat ditimpa kerusi pejabat yang dikatakan telah dibuang oleh salah seorang penduduk di PPR Seri Pantai, Pantai Dalam dari tingkat 21.

Pelajar itu yang dikenali sebagai Satiswaran telah menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang bertindak membuang kerusi itu ke bawah sehingga terkena beliau yang sedang melalui blok tersebut dalam perjalanan pulang dari membeli kad tambah nilai bersama ibunya, Kasthuribai.

“Ketika itu isi kepalanya terburai. Saya memangkunya hanya dengan dua tangan saya. Pandangan matanya tepat ke saya, namun kosong. Lalu ia tergeletak di depan mata saya, saya pun menjerit minta tolong,” kata Kasthuribai (45), ibu Satiswaran, yang selamat dari insiden itu.

Kejadian itu menyebabkan Satiswaran mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kasthuribai turut menyuarakan luahan yang sangat kecewa, “Anak saya yang baik sudah tiada. Siapa mahu menggantikan nyawanya yang sudah tiada akibat kecuaian orang lain? Anak saya telah menjadi mangsa sikap orang lain,” katanya lagi.

“Hari ini anak saya kena. Kalau esok lusa, anak orang lain atau sapa-sapa kena, kenapa tiada tindakan dalam hal ini. Ini bukan kejadian pertama. Sudah banyak kes baling barang berlaku. Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati. Hari ini anak saya sudah mati. Nyawanya tak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua,” soalnya bertalu-talu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.