Gerard Pique Sambung Kontrak Hingga 2022

Oleh Suzein Yana

Ketika ini penyokong kelab bolasepak Barcelona berasa gembira apabila diberitakan Gerard Pique bersetuju menandatangani kontrak lanjutan sehingga Jun 2022.

Selepas kehilangan bintang Brazil, Neymar secara tebus kontrak oleh Paris Saint-Germain(PSG), Barcelona meletakkan klausa bernilai mega AS$611 juta (RM2.41 bilion) dalam kontrak baharu Pique.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Barcelona dari Manchester United pada 2008 dan menjadi antara tonggak pertahanan kelab itu sehingga kini.

Dengan ketinggian 1.94 meter, Pique adalah sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Kejuaraan Eropah pada 2012.

Barcelona ketika ini sedang mengungguli La Liga Sepanyol dengan kelebihan sembilan mata ke atas pasukan tangga kedua, Atletico Madrid.

Begitupun, mereka meninggalkan pencabar utama yang juga penyandang juara Sepanyol, Real Madrid dengan jurang besar 19 mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.