Belum Jadi Orang Nombor 2, Wan Azizah Merungut Susah Kerja Dengan Mahathir

Belum lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Dr. Mahathir Mohamad, Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah merungut bahawa tidak mudah baginya untuk bekerjasama dengan Mahathir, apatah lagi selepas bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu memenjarakan suaminya, Anwar Ibrahim.

Jika begitu keadaannya, bagaimana mereka berdua boleh bekerjasama kelak jika memerintah negara. Meskipun Wan Azizah menyatakan beliau perlu pandang ke hadapan tetapi urusan pentadbiran negara bukan mudah.

Ini kerana Perdana Menteri dan Timbalannya perlu saling bekerjasama tetapi jika ada perasaan tersebut, maka ia akan hanya mencetuskan ketegangan.

Apakah jaminannya luka lalu iaitu ketika Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir pada 1998, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, akan tertutup? Bukan senang nak buang parut luka itu, walau dilupakan sekali pun, parutnya masih berbekas.

Bolehkan Wan Azizah melupakan apa yang berlaku kepada suaminya dan bagaimana Anwar digelar sebagai tidak bermoral oleh Mahathir ketika itu.

Seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah kepada portal Malaysian Insight, beliau mahu pandang ke depan demi negara.

Sekarang belum diangkat sebagai orang nombor dua, bolehlah beliau bercakap seperti itu tetapi cuba bayangkan jika kedua-duanya berada di jawatan tersebut. Memang membimbangkan.

Pada 1998, Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu telah memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO pada 1998 atas tuduhan liwat.

Anwar kemudiannya dipenjarakan di atas tuduhan salah guna kuasa. Pada bulan Januari 2006, BBC melaporkan Anwar menyaman Dr Mahathir kerana mendakwa beliau sebagai gay sebanyak 2 kali, pertama pada tahun 1998 dan sekali lagi pada September 2005.

“Bayangkan mempunyai seorang perdana menteri yang gay. Tiada siapa yang akan selamat,” kata Mahathir pada September 2005, sambil menambah, beliau memecat Anwar bagi mengelakkan Malaysia terutamanya Islam daripada mempunyai pemimpin homoseksual, menurut laporan itu.

Mahathir juga berkata kepada akhbar The Australian pada 2016 bahawa Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kini beliau pula menawarkan diri menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Dengan usia sudah 90-an, Mahathir sebenarnya sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri. Bak kata penceramah Ustad Shamsuri Ahmad, tidak ada ubat untuk tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.