Anak Dara Tertua Di Dunia Akhirnya Temukan Jodohnya Di Usia 83 Tahun, Pernikahannya Sungguh Romantis

Siapa kata cinta dan perkahwinan hanya milik mereka yang masih muda? Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Uganda ini membuktikan perkahwinan tidak mengenal usia.

Naom, seorang anak dara tua berusia 83 tahun menikahi Rwakaikara, seorang lelaki yang mempunyai 10 anak yang usianya sudah 90 tahun.

Pasangan lanjut usia ini mengikrarkan janji pernikahan mereka di Katedral St. James, Kigorobya, Daerah Hoima, Uganda.

Pada masa merasmikan upacara perkahwinan tersebut, Paderi Kyamanywa mengatakan kepada tetamu bahawa tidak pernah ada kata terlambat untuk mengambil “jalan Tuhan”.
Paderi  juga menyampaikan penghargaan kepada pasangan warga emas yang disebutnya amat sabar menantikan hari istimewa mereka.

Beliau berkata, perkahwinan ini juga merupakan satu cabaran bagi generasi muda untuk mengambil “jalan Tuhan” melalui perkahwinan.

Pada bahagian lain, Paderi Kyamanywa juga mengaku, selama menjadi hamba Tuhan dan melayani di Gereja, dia tidak pernah menikahkan pasangan yang setua ini.

“Peluang ini adalah satu rahmat bagi saya,” kata Kyamanywa.

“Ini pertama kalinya sejak saya mulai bekerja sebagai paderi  hingga sekarang, menikahkan seorang wanita yang berusia lanjut seperti Naom.”

“Ini menakjubkan dan dunia akan membaca dan belajar banyak tentang kalian,” ungkap Kyamanywa.

Rwakaikara memiliki 10 anak dan 40 cucu dari isteri pertamanya yang sudah meninggal.

Sementara, Naom belum pernah menikah, doktor juga mengesahkan bahawa dia masih dara hingga usia 83 tahun.

Mereka telah berkahwin secara rasmi pada akhir tahun lepas.

Dipercayai, Naom adalah dara tertua di dunia yang baru berkahwin. Sokongan serta bantuan kewangan juga diberikan dari pelbagai pihak kepadanya sebagai ucapan tahniah.

Upacara upacara perkawinan di gereja diisi oleh tetamu undangan dan keluarga pengantin perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.